1. BUDDHISME Agama Buddha 佛教
2. BIOGRAFI SIDDHARTA GAUTAMA
3. Terdapat 7 peringkat dalam penceritaan kelahiran Buddha.
Peringkat 1: Mimpi pelik Raja Kapilavastu. ialah ayah kepada Buddha, iaitu Siddharta Gautama. Walaupun raja dah lama berkahwin dengan Ratu Maha Maya, tetapi masih tidak dapat cahaya mata. Semasa Ratu Maha Maya berumur 40, pada suatu malam, ratu bermimpi pelik. Dalam mimpi itu, ratu ternampak seorang pemuda yang segak menunggang seekor gajah putih yang besar di atas langit dan makin mendekatinya. Pemuda dengan gajah putih itu telah masuk ke dalam perut ratu melalui bahagian bawah lengan kiri ratu. Ratu bangun terkejut dan sedar bahawa itu cuma mimpi sahaja. Tidak lama kemudian selepas mimpi pelik itu, ratu pun mengandung. Peringkat 2: Kelahiran Masa 10 bulan lalu dengan cepat. Pada suatu hari, ratu meminta untuk berjalan-jalan di Taman Lumbini. Selepas itu ratu akan balik ke rumah ibunya untuk melahirkan anaknya. Semasa di tengah-tengah perjalanan dalam Taman Lumbini….
Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya selama 49 tahun tanpa berhenti di merata-rata tempat.
Kematian Buddha Pada masa Buddha menjangkau usia 80 tahunnya, Buddha telah meramalkan kematiannya. Pada jangka masa menunggu masa kematiannya, Buddha masih lagi mengajar pengikut-pengikutnya. Pada bulan 2 hari ke-15, di tengah malam yang pancaran cahaya bulan yang terang dan bulat itu, Buddha telah melelapkan matanya buat selama-lamanya.
Kesemua ajaran-ajaran agama Buddha mengenai soal hidup mati dan juga kebenaran-kebenaran mulia yang diajar oleh Buddha telah pun dicatatkan. Dan pada masa kini, agama Buddha telah menjadi salah satu daripada 3 agama utama di dunia ini. Yang 2 lagi agama utama itu ialah agama Islam dan agama Kristian. Keusahaan dan kepayahan Gautama Buddha untuk mencari jawapan kepada semua soalan-soalan itu telah membawa kejayaannya yang agung. Dan kejayaannya telah membawa manfaat kepada orang ramai.
Agama Buddha Buddha merupakan manusia , bukannya dewa . Siddhartha Gautama boleh menjadi Buddha, segalanya bergantung kepada keupayaan dan kecekalannya sendiri, bukannya dilahir semula jadi. Buddha adalah benar sama rata kepada semua. Setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, semuanya dianggap sama rata dalam mata Buddha. Buddha tidak mengakui kemunculan dewa yang membentuk dunia Buddha menganggap “dewa” sebagai sesuatu yang diimaginasikan oleh manusia untuk menjadikan satu kepercayaan bahawa dunia ini memangnya dicipta oleh dewa.
Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat Agama Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan membezakan semua agama dengan kefahamannya yang susah atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya baik atau buruk Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan. Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah berkata: Keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai.
Larangan Tidak membunuh - tidak mengancam nyawa orang lain Tidak mencu r i - tidak mengancam harta benda orang lain Tidak berzina - tidak mengancam kesucian orang lain Tidak berbohong - tidak mengancam reputasi orang lain Tidak meminum arak - tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan orang lain Dalam agama Taoism juga mempunyai 5 larangan ini yang diperkenalkan oleh Tai Shang Lao Jun..
Pepatah Agama Buddha Baik seseorang itu berilmu daripada mempunyai kekayaan. Setiap satu kelahiran mesti diikuti dengan kematian. Oleh itu, s eseorang itu sepatutnya takut akan kelahiran daripada kematian kerana tiada kelahiran, maka tiadanya kematian . Kebencian terhadap orang lain adalah suatu kesengsaraan pada diri sendiri. Air yang tenang tidak dapat melahirkan seorang pengemudi yang baik.
Pepatah Agama Buddha.. Kesihatan merupakan kakayaan sebenar kepada manusia. Tiada kesihatan, maka tiadanya kekayaan. Oleh itu, menjaga kesihatan lebih penting daripada menjaga kekayaan. Seseo rang yang berilmu akan men dapat kegembiraannya daripada sekelilingnya sendiri , manakala sese orang yang tidak berpengetahuan akan meng harapkan kegembiraannya daripada orang lain. Seseorang yang mengimpiankan dan mengejarkan sesuatu yang salah akan berasa seksa dan menderita.
No comments:
Post a Comment