Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu.
Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu.
i. Keluarga
ü Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat
ü Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat
ii. Masyarakat
ü Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial
ü Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya
iii. Kerajaan/Pemerintah
ü Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis
ü Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah
Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir AprilJun2003: 6)
Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001 : 191192).
No comments:
Post a Comment